subjek ini merupakan subjek baru. batch pertama yang belajar subjek ini ialah batch 2001 pada 2017.
BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI
KONSEP KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS
Ilmu ekonomi merupakan kajian sains sosial tentang bagaimana manusia mengurus sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.
Kehendak ialah keinginan manusia terhadap barang dan perkhidmatan agar mencapai kehidupan yang lebih selesa dan mewah.
Kekurangan ialah keinginan manusia yang melebihi apa yang dihasilkan dalam ekonomi dengan sumber ekonomi yang terhad.
UNIT EKONOMI :
ISI RUMAH : individu atau sekumpulan manusia yang tinggal bersama dan membuat keputusan ekonomi bersama.
FIRMA : ialah sebuah organisasi yang merancang dan menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
KERAJAAN : sebuah badan organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan menguatkuasakan undang-undang untuk menjaga kestabilan ekonomi dan sosial.
faktor pengeluaran / sumber ekonomi & maksudnya.
a) Buruh ialah sumber anugerah alam semula jadi dan penawarannya adalah terhad.
- Tanah merangkumi sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui sama ada di permukaan bumi atau di dalam perut bumi.
- Dalam jangka masa panjang tanah menjadi semakin mahal kerana penawarannya terhad
b) Modal ialah alat ciptaan manusia yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
- Contoh : bangunan, kilang, peralatan , jentera dan mesin.
- Alat yang boleh dipindahkan mempunyai mobiliti geografi yang tinggi
- Alat yang tidak boleh dipindah tidak mempunyai mobiliti geografi yang tinggi
c) Buruh ialah sumbangan tenaga manusia yang produktif dari segi fizikal atau mental dalam proses pengeluaran
- Terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak mahir
- Mempunyai mobiliti pekerjaan dan mobiliti geografi yang tinggi kerana mudah bertukar pekerjaan
d) Usahawan ialah individu yang menyelaraskan dan menggabungkan faktor pengeluaran yang lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
- Bertujuan mencapai pengeluaran output yang maksimum atau meminimumkan kos pengeluaran untuk memperoleh untung yang maksimum
- Merupakan individu yang sanggup menanggung risiko, kreatif, inovatif, rajin, gigih dan tidak mudah putus asa